Selasa, 30 Oktober 2012

PANDUAN BERCUTI DI BANDUNG 1


PENGENALAN

Negara: Indonesia
Ibunegara: Jakarta
Matawang: Rupiah (Rp)
Perbezaan Masa: Jakarta/Bandung lewat 1 jam dari Malaysia Denpasar/Bali sama waktu  dengan Malaysia
Internet TLD: id
Tenaga Letrik: 220V – 240V. Plug 2 pin digunakan dengan menyeluruh. Sila Bawa adaptor bersama
Masa Perjalanan: KUL – Jakarta 2 jam
KUL – Denpasar 3 jam
KUL – Bandung 2 . jam
Kod Telefon: +62
Zon Masa: GMT +7 – GMT +9


Bandung adalah ibu kota provinsi Jawa Barat di mana dahulunya dikenali sebagai Paris van Java (Bahasa Belanda) atau “Paris dari Jawa”. Terletak di dataran tinggi menjadikan Bandung beriklim sejuk, Di sini juga terdapat puluhan Pusat Pengajian Tinggi serta rangkaian Pusat Membeli Belah utama, selain Factory Outlet atau lebih dikenali sebagai Sisa Eksport. Ini menjadikan Bandung sebagai salah satu destinasi Pelancongan popular. Terletak di garisan 107° BT and 6° 55’ LS. Ketinggian }768 m di atas permukaan laut. Daerah utara Kota Bandung pada umumnya lebih tinggi daripada daerah selatan. Rata-rata ketinggian di sebelah utara adalah }1050 dpl, sedangkan di bahagian selatan adalah }675 dpl. Kota Bandung di kelilingi oleh pergunungan yang menjadikan Bandung berbentuk seperti cekungan (Bandung Basin). Kota Bandung dialiri dua sungai utama, iaitu Sungai Cikapundung dan Sungai Citarum beserta anak-anak sungainya yang pada umumnya mengalir ke arah selatan dan bertemu di Sungai Citarum.
Kota Bandung didiami lebih 3 juta orang. Menjadikan Kota ketiga terpadat di Indonesia selepas Jakarta dan Surabaya. Bandung juga merupakan kota keempat terbesar di Indonesia.


MATAWANG / CURRENCY

1. Nilai rupiah (Rp) adalah lebih rendah dari Ringgit Malaysia. Semasa artikel ini ditulis nilai RM1.00 = Rp 2,700 (Sila rujuk kepada Pengurup Wang).
2. Kebiasaannya Rp 1 juta bersamaan RM320.00 hingga RM 380.00. Nilaian ini sentiasa berubah-ubah kerana Rupiah diperdagangkan di Pasaran Kewangan (FOREX).
3. Anda juga harus berhati-hati dengan wang palsu dan buat pertukaran hanya dari Pengurup Wang Berlesen serta Bank sahaja.
4. Jangan sekali-kali melayani permintaan terutamanya dari Orang Arab/Afrika sekiranya mereka memerlukan tukaran wang. Ini adalah helah untuk menipu terutamanya di Lapangan Terbang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
























NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!













Web hosting















JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI