Rabu, 9 November 2011

Pasar Baru Bandung

Pasar Baru Bandung atau kini disebut juga dengan Pasar Baru Trade Centre terletak di Jln. Otto Iskandar Dinata. Menjual pelbagai jenis tudung dengan harga yang murah dengan kualiti terbaik.

Lokasi Pasar Baru Bandung terletak di tengah kota Bandung. Untu sampai ke sini sangat mudah. Terdapat pelbagai jenis barangan terdapat di sini keperti kain batik, baju Batik, cadar, baju Muslim, Jilbab, Kebaya, kelengkapan Muslim dan lain lain.





Terdapat beberapa tip jika ingin shopping di Pasar Baru Bandung:
1. Pastikan kualiti barngan bagus
2. Jika tiada label barngan boleh ditawar
3. Hati dengan penyeluk saku kerana pengunjung di sini sngat ramai

Pasar Baru Bandung dulunya dikenali Pasar Baroeweg. Pasar ini dibinan sekitar tahun 1884 sebagai pengganti pasar lama di kawasan Ciguriang (di daerah Jl.Kepatihan ketika ini) dulu merupakan pasar biasa yang kemudian diubahsuai pada tahun 2001 menjadi Pasar Baru Bandung yang kita kenali ketika ini. Satu hal yang membanggakan dari Pasar Baru Bandung ini iaitu pada tahun 1935, Pasar Baru Bandung mendapatkan anugerah sebagai pasar terbersih dan teratur se- Hindia Belanda.

Pasar Baru Bandung yang juga merupakan pasar moden tertua yang masih berdiri ketika ini memiliki 11 lantai@tingkat termasuk parking. Di Pasar Baru Bandung selain banyak penjual pakaian, sasut, beg tangan dan lain sebagainya terdapat pula satu lantai yang khusus menjual tekstil, pusat penjualan kain dan batik yang ada di Pasar Baru Bandung pun cukup terkenal.

Oleh itu, tidak sah jika ke Bandung anda tidak berkunjung ke Pasar Baru...








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
























NAMSAHAZ Webhosting - Webhosting mampu milik untuk semua!













Web hosting















JOM IKLAN DI SINI

Hanya RM10/bulan!!!
KLIK SINI